Sorting by

×

Ames Hotel saji 180 juadah berbuka puasa

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 21 April. – Lebih 180 juadah berbuka puasa bertemakan ‘Selera Serantau Ramadan’ bakal disajikan buat pengunjung Ames Hotel sepanjang Ramadan ini.

Eksekutif Sous Chef Ames Hotel Mohamad Sabri Mohamad Mahtar berkata, keunikannya makanan yang disediakan adalah berbeza setiap hari bagi memastikan kepuasan pengunjung yang datang berbuka.

RENDANG tok turut disajikan.

“Kita ada 180 jenis makanan di Ames Hotel, makanan yang kita sajikan kali ini kita pelbagaikan selain ada menu ‘rotation’ iaitu tiga menu dan setiap hari menu itu akan bertukar.

“Khususnya asam pedas di sini memang dia punya rasa tu orang kata ‘piau’, Melaka punya ‘mereciklah’.

“Antara menu popular yang dijamin memikat selera pengunjung termasuk laksa nyonya, rendang tok, kambing kandar, gulai kawah, aneka kuih-muih dan lain-lain,” katanya.

ANTARA menu yang disajikan buat pengunjung Ames Hotel.

Sementara itu Penolong Pengurus Eksekutif Ames Hotel, Nurashiken Zainal berkata, pihaknya sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi pengunjung.

“Selain dapat menikmati aneka hidangan warisan, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan gamelan dan lagu asli setiap hari.

“Selera Serantau Ramadan bermula 13 April lalu hingga 10 Mei ini menawarkan harga RM88 bagi dewasa, manakala diskaun 50 peratus bagi warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun,” katanya.

MENU ala barat tidak terkecuali disediakan buat pengunjung.

Nurashiken berkata bagi mereka yang mahu bersama keluarga atau berkumpulan, pembelian untuk 10 orang, percuma untuk seorang bagi pakej RM88.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2610
Kongsi :
Previous post ‘Alhamdulilah harga ayam dah turun’
Next post Merokok, tapi bagi alasan kencing manis tak puasa
Ubah saiz-+=