
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April – Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning dijadualkan berlangsung di Japerun Taboh Naning 26 April ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, kehadiran penyanyi lelaki popular itu akan menghidupkan lagi suasana sepanjang majlis berlangsung dan menghiburkan tetamu sambil menikmati pelbagai hidangan yang disediakan.
“Antara menu akan dihidangkan nanti adalah ayam golek, sate, nasi goreng, ketupa, rendang dan buah-buahan, diharapkan semua perancangan ini berjalan dengan lancar.
“Bagi memberikan kelainan saya melihat semua senarai menu, berikutan itu timbul cadangan untuk sediakan sate, kerana hidangan itu belum pernah disediakan kepada tetamu pada penganjuran rumah terbuka sebelum ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Zulkiflee yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Temtapan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, mempelawa serta amat mengalu-alukan kehadiran orang Taboh Naning, rakyat Melaka dan tetamu dari luar negeri ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...