Ambil maklum pandangan, idea pembangunan M-WEZ – KM
KUALA LUMPUR 20 Jan – Kerajaan negeri mengambil maklum pandangan serta idea disampaikan menerusi ‘Flagship 1: Pembangunan Ekonomi Melaka’ yang menekankan perancangan pembangunan masa depan Pembangunan koridor ekonomi pesisir pantai (M-WEZ).
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, M-WEZ sendiri merupakan ‘Big Move and Game Changer’ yang baharu sebagai pemacu ekonomi Negeri Melaka.
“Saya mengambil maklum terhadap sebarang pandangan serta idea yang disampaikan oleh setiap peserta Kumpulan Fokus Flagship 1 khususnya yang menekankan mengenai perancangan pembangunan masa depan projek M-WEZ,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ), Mohd Yusof Abu Bakar.
Terdahulu Sulaiman, mempengerusikan perbincangan Kumpulan Fokus Flagship 1: ‘Pembangunan Ekonomi Melaka’ bersempena Konvensyen Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Melaka yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
NIKMATI KEINDAHAN SENJA DARI ATAS MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 22 Januari - Menara Taming Sari menawarkan pakej menarik kepada pengunjung yang mahukan kelainan dengan menikmati panorama matahari...
MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
AYER KEROH 22 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan program Free Market di perkarangan Pejabat FAMA, daerah...
BERAS MELAKA BAKAL DIPASARKAN, HANYA RM26 SEKAMPIT
MERLIMAU 22 Januari - Kerajaan Negeri bakal mengeluarkan beras putih tempatan dikenali sebagai Beras Melaka dalam usaha membantu menambah stok...
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...
KEBUN DURIAN JADI PRODUK PELANCONGAN MELAKA
ASAHAN 22 Januari - Kerajaan Melaka menyokong usaha mana-mana pengusaha durian yang ingin menjadikan kebun mereka sebagai produk ekopelancongan di...
PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN
RIM 22 Januari - Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran...