
Amaran ribut petir hampir di seluruh negara hingga 9 malam ini – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 21 Sept – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang di hampir semua kawasan di seluruh negara, sehingga 9 malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan amaran itu dikeluarkan bagi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Perlis, Perak, Selangor dan Melaka.
Turut dijangka mengalami cuaca serupa adalah beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kulim dan Bandar Baharu selain Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan dan Rompin di Pahang.
Amaran ribut petir juga dikeluarkan bagi kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan serta Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi di Johor.
Di Sarawak pula, kawasan yang mungkin terkesan ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri serta Limbang dan Marudi.
Ribut petir juga dijangka melanda Sabah di kawasan pendalaman Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort, selain Kota Belud serta Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu), menurut kenyataan itu.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...