
Amaran ribut petir di 11 negeri, wilayah persekutuan
KUALA LUMPUR, 4 Mei – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 11 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 5 petang, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan 1.35 tengah hari ini memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah meliputi Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Selain itu, amaran juga dikeluarkan bagi Pulau Pinang; Perak meliputi Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Setiu dan Hulu Terengganu).
Turut terlibat ialah Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin; Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin); Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Sarawak pula meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...