
Amaran kepada peniaga ingkar SOP
KOTA LAKSAMANA 24 Jun – Semua premis perniagaan negeri ini sekali lagi diingatkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam operasi perniagaan atau mereka bakal dikenakan tindakan tegas jika ingkar.
Tegas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Rahmat Mariman, pihaknya mengenal pasti masih banyak lagi premis perniagaan di Melaka gagal mematuhi SOP berkenaan.
“Ada beberapa kedai mengabaikan perkara ini terutama dari segi penjarakan meja malah dari segi pendaftaran di hadapan kedai adalah penting bagi memudahkan pihak Jabatan Kesihatan menjejaki rekod jika berlaku penularan Covid-19.
“Melalui Jawatankuasa Mesyuarat Bebas Covid-19 Melaka, saya mengarahkan penguatkuasa termasuk Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) memantau setiap kawasan negeri ini termasuk perkampungan agar perkara ini dapat diatasi,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini semalam.
Justeru beliau menasihati orang ramai tidak berkunjung ke premis yang mengabaikan SOP bagi mengelakkan risiko dijangkiti Covid-19.
Views:
Related

Berita Lain
BAZAR RAMADAN DI MELAKA ANTARA YANG TERBAIK DI MALAYSIA
KLEBANG 17 Mac - Tiga bazar Ramadan di Negeri Melaka berjaya menempatkan diri sebagai antara bazar terbaik di Malaysia oleh...
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...
PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT DIPERCAYAI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH
KUALA TERENGGANU 16 Mac - Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi...
BENTUK MAHASISWA HARUMKAN NAMA MASJID TANAH
LENDU 16 Mac - Lebih 200 penuntut universiti diraikan pada program Meet & Iftar Mahasiswa Masjid Tanah berlangsung di sebuah...