
Amaran hujan lapan negeri ditamatkan
KUALA LUMPUR 19 Dis – Amaran hujan berterusan di lapan negeri yang dikeluarkan pagi ini ditamatkan.
Lapan negeri itu adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan cuaca di negeri-negeri berkenaan dijangkakan bertambah baik.
“Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada 11.30 pagi, 19 Disember 2021 untuk negeri-negeri berkenaan dengan ini ditamatkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.
Antara negeri yang dilanda banjir adalah Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak selain Kuala Lumpur.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...