
Amaran hujan di Alor Gajah, Melaka Tengah
AYER KEROH 12 Okt – Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah antara kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir mulai jam 10 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran itu menerusi kenyataan dalam Facebook rasminya pada jam 9.55 pagi ini.
Kata kenyataan itu, amaran mengenai kejadian itu dijangka berterusan sehingga 1 tengah hari ini yang turut membabitkan beberapa negeri lain termasuk Kedah Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak dan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan).
Turut terkesan, negeri Selangor (Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang); Putrajaya dan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) serta Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
MetMalaysia mengeluarkan amaran itu susulan terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...