
AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP WASPADA DI ENAM NEGERI – METMALAYSIA
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terlibat termasuk Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Bagi Negeri Sembilan,Ā amaran hujan berterusan tahap waspada itu melibatkanĀ Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
Amaran sama turut dikeluarkan bagiĀ seluruh Melaka dan Johor manakala di Sarawak membabitkan kawasanĀ Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang di Sarawak hingga 4 petang ini.
Kawasan terlibat merangkumiĀ Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu serta Miri (Subis).- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.