
Amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
KUALA LUMPUR, 21 Dis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama di Perak, yang berkuatkuasa sehingga hari ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah menerusi kenyataan di Facebook berkata ia susulan lekukan Tropika yang dicerap di perairan Sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara Semenanjung.
“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang di negeri utara Semenanjung yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...