
Amaran cuaca buruk, waspada di beberapa negeri sehingga esok
KUALA LUMPUR, 4 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan pada 11.15 pagi memaklumkan kawasan yang dijangka terbabit di Terengganu adalah daerah Kemaman manakala kawasan di Pahang adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta daerah Mersing di Johor.
Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Keadaan yang sama juga diramalkan berlaku sehingga esok di Pahang (Tanah Tinggi Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera), Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), manakala Sabah melibatkan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan serta Kudat.- BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...
PUSAT SEHENTI HUBUNGKAN USAHAWAN MELAKA
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri mewujudkan Pusat Sehenti Usahawan (OSCE) di Aras 5, Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC)...