
Amaran cuaca bahaya, buruk di beberapa negeri
KUALA LUMPUR, 3 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat yang dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan pada 8.35 malam memaklumkan kawasan yang dijangka terbabit di Terengganu melibatkan daerah Kemaman manakala Pahang di Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin selain daerah Mersing di Johor.
Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan pula dijangka melibatkan daerah Dungun di Terengganu, Pahang (Cameron Highlands, Lipis dan Bera) manakala daerah Segamat dan Kluang di Johor sehingga Selasa ini.
Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga Selasa turut dikeluarkan bagi Kelantan serta Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Keadaan cuaca sama juga diramalkan sehingga esok melibatkan daerah Kinta, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor; daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor selain Sabah melibatkan Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat.- BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...