
AMALKAN SUNNAH PASTI BEROLEH KEJAYAAN
TANJUNG BIDARA 20 April – Lebih ramai beliau disarankan supaya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan memanah yang juga antara sunnah Rasulullah SAW.
Atlet Memanah tradisional Melaka Muhammad Amirul Qayyum Abu Bakar, 25, berkata, selain kekal cergas dan sihat dengan mengeluarkan peluh sukan itu membantu membentuk jati diri individu.
Dia yang juga johan Kejohanan Memanah Tradisional Melaka Siri 8/2025 Piala Ketua Menteri Melaka yakin dengan mengamalkan sunnah seseorang itu akan beroleh kejayaan.
“Pada mulanya saya tercari-cari sukan yang sesuai dengan diri, secara tidak sengaja melihat video mengenai sukan memanah tradisional ketika melayari media sosial, sejak itu timbul minat dan saya terus aktif memanah sampai sekarang.
“Alhamdulillah rezeki saya membawa pulang Piala Ketua Menteri Melaka bagi kejohanan kali ini, sekali gus layak mewakili Melaka bersama-sama rakan lain ke kejohanan peringkat kebangsaan dijadualkan di Universiti Islam Melaka (UNIMEL) tidak lama lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Pemuda berasal dari Kampung Ayer Merbau, Jasin berharap dapat mengekalkan prestasi, sekali gus mengharumkan nama Melaka pada Kejohanan itu pada 31 Mei dan 1 Jun nanti.
“Semoga kejayaan saya mendorong lebih ramai belia untuk aktif dalam sukan Memanah tradisional, Insya-Allah apabila amalkan sunnah kita akan lebih kerap boleh kejayaan, rezeki pula menjadi lebih murah,” katanya.
Kejohanan berlangsung di Padang Bola Sepak Kampung Seri Jeram, di sini, baru-baru ini turut mendapat perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang turun padang bagi menyantuni dan menyampaikan hadiah kemenangan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.