
AMALAN TURUN PADANG DEKATI RAKYAT
AYER KEROH 16 Januari – Saranan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh supaya penjawat awam mengamalkan konsep turun padang merupakan inisiatif terbaik untuk mendekati rakyat di negeri ini.
Bagi penjawat awam Norazlin Sarun, 46 menerusi konsep turun padang rakyat lebih mudah mendapatkan mesej yang disampaikan Kerajaan Negeri.
“Saya menyambut baik saranan Ketua Menteri supaya penjawat awam perlu turun padang, ini adalah cara untuk kita mendekati rakyat yang mana secara tidak langsung dapat membantu Kerajaan Negeri.
“Sebagai contoh sekarang ini Kerajaan Negeri sedang melaksanakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) yang memerlukan penjawat awam turun padang berjumpa penduduk setempat.
“Ini membuktikan tidak ada jarak antara penjawat awam dan rakyat, semua inisiatif kerajaan laksanakan dapat kita sampai terus kepada rakyat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
“Saya yakin ini adalah usaha yang sangat baik dan rakyat akan menyokong kerajaan sedia ada untuk terus memimpin negeri pada masa akan datang.

Manakala Shaifulfazlee Mohamad, amalan turun padang memberi peluang kepada penjawat awam untuk berinteraksi bersama rakyat secara lebih dekat.
“Ada pelbagai pesanan dan teguran termasuk cadangan yang diberikan oleh Ketua Menteri, sebagai penjawat awam saya menyambut baik perkara disampaikan beliau dan cuba melakukan yang terbaik tahun ini.
“Apabila kita turun padang memang kita akan berinteraksi dengan rakyat atau penduduk tempatan, menerusi amalan sebegini kita dapat menyantuni dan mendengar masalah dihadapi mereka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.