
Alunan selawat pembuka tirai 2021
ALOR GAJAH 1 Jan. – Bacaan selawat mengiringi tirai baharu tahun ini dengan dengan doa kesyukuran dipanjatkan pada acara sambutan Ambang Tahun Baru Perdana Parlimen Alor Gajah 2021 di Masjid Ar Rasyiddin, di sini sebentar tadi.
Alunan selawat memecah suasana kawasan tersebut dirai penuh kesyukuran sejurus selesai pelbagai acara utama pada sambutan itu.
Pada awalnya, acara yang disambut dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan Imam 2, Muhammad Hasyidan Abdul Halal.
Acara penuh kesyukuran yang turut dihadiri Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof menerima sambutan kira kira 200 jemaah diteruskan dengan Majlis Bacaan Yassin.
Sambutan Tahun Baru itu kemudiannya diteruskan dengan ceramah Forum Perdana di dewan masjid terbabit sejurus selesai Solat Isyak berjemaah.
Forum yang dimulakan itu dibicarakan oleh Mufti Melaka, Datuk Wira Halim Tawil, Pencetus Ummah Musim 2, PU Hilmi dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali dengan moderator Imam Masjid Cina, Murad Ahmad.
Program itu diakhiri dengan acara persembahan nyanyian nasyid dan qasidah sebelum acara meniti detik 12 tengah malam dimulakan.
Views:
Related


Berita Lain
NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 4 Mac - Sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini atas pertuduhan...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...
LIMA MUZIUM TAWAR HARGA TIKET RM3
AYER KEROH 4 Mac - Bagi peminat sejarah dan seni, melawat muzium adalah satu aktiviti yang menarik dan berinformasi, Namun...
TAMBAH RESTORAN TERAPUNG KLASIK UNTUK TARIK PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 4 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang untuk menyediakan sebuah lagi restoran terapung berkonsep...