Alunan ayat suci al-Quran 120 jam tanpa henti

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PAYA RUMPUT 27 Disember – Lebih 500 peserta dijangka mengambil masa sehingga 120 jam bagi menjayakan Program Bacaan Al-Quran Tanpa Henti 24 jam di Masjid Cina (Al-Muttaqin) bermula jam 9 pagi esok hingga 1 Januari nanti.

Imam 1, Masjid Cina (Al-Muttaqin), Suhairi Yunos berkata program terbabit julung kali diadakan bersempena Karnival Islamik Antarabangsa Melaka Tahun 2023 (KIAM’23).

Katanya, program tersebut akan dilaksanakan mengikut tujuh sesi sehari menggunakan kaedah tilawah dan tadarus dengan seliaan Jabatan Mufti Negeri Melaka dan akan disiarkan secara langsung (live) di media sosial.

Photo 2023 12 27 18 05 36
Imam 1, Suhairi Yunos di Masjid Cina Negeri Melaka (Al-Muttaqin), Krubong, Melaka. Foto: MR. AZLI

“Peserta pula adalah dalam kalangan pelajar madrasah sekitar Negeri Melaka, Kolej Al-Quran, Universiti Melaka (UNIMEL) serta individu turut berminat mengambil bahagian dalam majlis ilmu ini.

“Konsep bacaannya bermula sekitar jam 9 pagi dan akan berhenti setiap kali masuk waktu solat fardhu dan waktu makan, seterusnya bersambung semula sehingga khatam,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Suhairi, turut memaklumkan program itu juga turut diselitkan dengan pelbagai pengisian lain seperti saringan hafazan dan saringan Tilawah Al-Quran.

“Masyarakat dan warga sekitar turut digalakkan untuk hadir beramai-ramai mengimarahkan lagi masjid dan bawa al-Quran masing-masing untuk sama-sama bertadarus. Tiada bayaran penyertaan dikenakan untuk ikut serta dalam program ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3137
Kongsi :
Previous post Segamat daerah kedua dilanda banjir di Johor
Next post 2023 negara saksi tragedi udara, darat dan air
Ubah saiz-+=