
Alor Gajah hujan lebat sehingga petang
MELAKA 2 Disember – Daerah Alor Gajah dijangka mengalami ribut, hujan lebat dan angin kencang sehingga 4 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebih 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Menurut kenyataan itu, selain Alor Gajah, Melaka enam lagi negeri turut menerima keadaan cuaca sama, antaranya Perak yang melibatkan Bagan Datuk; Hilir Perak dan Muallim manakala Selangor, di Sabak Bernama Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
Selain itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Negeri Sembilan yang melibatkan Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin serta Johor membabitkan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...