
ALOR GAJAH BERSERI, LAMPU RAYA SAMBUT KEPULANGAN PERANTAU
ALOR GAJAH 29 Mac – Daerah Alor Gajah kini semakin bersinar dengan pemasangan lampu hiasan yang menerangi kawasan utama bagi menyambut kepulangan perantau yang pulang ke kampung halaman Aidilfitri ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, lampu hiasan itu menerangi beberapa lokasi strategik seperti Bulatan Tol Simpang Empat, Bandar Alor Gajah, Masjid Tanah, Bandar Pulau Sebang serta pintu masuk utama ke daerah ini.
“Kerja pemasangan dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan MPAG, inisiatif ini bukan sahaja menceriakan suasana, tetapi juga melambangkan kehangatan sambutan hari raya yang bakal diraikan.
“Sudah tentu kepulangan anak perantau adalah detik yang dinanti-nantikan. Cahaya lampu yang menghiasi jalan-jalan utama bukan sekadar mencantikkan persekitaran, tetapi juga membangkitkan rasa nostalgia hari raya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau berkata inisiatif itu selari dengan usaha MPAG dalam merealisasikan visi ‘Menuju Ke Arah Bandar Lestari Dan Berdaya Huni Menjelang 2035’.
“Dengan suasana yang semakin berseri dan semangat perayaan yang semakin membara, Alor Gajah kini lebih ceria dan meriah,” katanya
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
