Sorting by

×

‘Allahyarham berniat mahu tunai haji bersama keluarga’

Masa Membaca:52 Saat

MACHAP JAYA 19 April – Allahyarham Datuk Wira Zaidi Johari pernah menyatakan perancangan untuk menunaikan ibadah haji bersama ahli keluarganya dalam pertemuan baru-baru ini.

Adik iparnya, Zulkifli Kamaludin, 43, berkata perkara itu dinyatakan Allahyarham pada perjumpaan keluarga di Gemencheh, Negeri Sembilan, baru baru ini.

“Kali terakhir kami berjumpa saya sempat berborak bersamanya ketika beraya di rumah saudara pada malam hari raya pertama.

“Setahu kami arwah sedang merancang untuk mununaikan ibadah haji bersama keluarga dan saudara-mara pada tahun ini. Tetapi kami terkejut dengan pemergiannya pagi ini.

“Malah sepatutnya esok Allahyarham akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di Masjid Al-Ihsan Kampung Tebong, hari ini.

Zulkifli berkata, sepanjang mengenali Allahyarham, beliau merupakan sebagai seorang yang amat merendah diri meskipun memegang jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan termasuk di Negeri Sembilan dan Melaka.

“Kawan universiti saya dahulu juga pernah berkhidmat di bawah Allahyarham. Beliau adalah seorang ketua yang sangat senang untuk berurusan dan tidak ada masalah dengan kakitangan bawahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1519
Kongsi :
Previous post Pemergian Allahyarham sungguh tenang – KM
Next post Melaka diakui negeri mesra pelabur
Ubah saiz-+=