
All England: Pearly – Thinaah mara ke suku akhir
KUALA LUMPUR, 17 Mac – Beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah mara ke suku akhir Kejohanan Badminton All England 2022 selepas menewaskan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi hari ini (malam tadi).
Ini adalah suku akhir kedua gandingan negara itu selepas melakukannya pada penampilan sulung mereka tahun lepas.
Gandingan di ranking ke-15 dunia itu bermula agak goyah apabila tewas di set pertama 18-21 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di Arena Birmingham.
Bagaimanapun, mereka bangkit menguasai set kedua dengan menang 21-19 untuk mengheret ke perlawanan penentuan sebelum menamatkan 75 minit perlawanan dengan menang set ketiga 21-16.
Di atas kertas, Pearly-Thinaah sepatutnya boleh mara ke separuh akhir memandangkan mereka akan berdepan pasangan ranking ke-64 dunia Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan yang menewaskan beregu Thailand Supissara Paewsampran-Puttita Supajirakul 19-21, 21-13, 21-13.
Sementara itu, nasib berbeza buat beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi apabila dikejutkan oleh pasangan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.
Pilihan kelapan kejohanan yang menduduki ranking ke-11 dunia itu tewas 22-24, 21-13, 17-21 kepada pasangan di ranking ke-28.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...