
Aliran trafik sesak dari Seremban ke Jelebu
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan Supt Shafiei Muhammad berkata bagaimanapun anggotanya telah diarahkan mengawal kesesakan di lampu isyarat di pekan Jelebu bagi melancarkan aliran kenderaan menuju ke Pantai Timur serta Karak dan Muadzam Shah, Pahang.
“Di Lebuhraya Utara Selatan pula, trafik perlahan bermula dari Nilai di Kilometer (KM) 285 hingga ke KM240 di Pedas Linggi iaitu laluan menghala ke selatan. Kesesakan disebabkan kenderaan rosak di KM247 dan KM253 namun tiada sebarang kemalangan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shafiei sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan masing-masing selain menggunakan laluan alternatif supaya tidak terperangkap dalam kesesakan.
Sementara itu, tinjauan Bernama pada 4.30 petang tadi mendapati aliran kenderaan mula perlahan di laluan untuk memasuki Plaza Tol Pedas-Linggi Lebuhraya Utara Selatan. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...