
Aliran trafik lebuh raya utama bergerak perlahan petang ini
KUALA LUMPUR, 6 Feb – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju Lembah Klang mulai perlahan dan sesak menjelang petang ini susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Tahun Baharu Cina.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata kesesakan berlaku di laluan menghala ke selatan iaitu sebelum masuk Plaza Tol Juru di Pulau Pinang dan laluan dari Tapah ke Bidor di Perak.
Selain itu, kesesakan juga dilaporkan di laluan sebelum keluar Plaza Tol Gombak menghala ke ibu kota.
“Terdapat kereta terbakar di KM41.3 Bukit Tinggi-Genting Sempah menghala ke Kuala Lumpur yang menyebabkan lorong kecemasan turut terhalang,” katanya.
Menurut jurucakap itu, trafik di kedua-dua arah sepanjang lebuh raya termasuk di sekitar plaza tol utama seperti Karak dan Kuala Terengganu masih lancar dan terkawal, begitu juga di selatan seperti Sungai Besi dan Skudai.
Katanya aliran trafik di semua lebuh raya utama lancar pada sebelah pagi namun bergerak perlahan bermula tengah hari ini dan dijangka berlarutan sehingga lewat petang. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...