Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pada tengah hari
KUALA LUMPUR, 3 April – Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar dan terkawal setakat 1 tengah hari ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik menuju ibu negara dan tempat-tempat lain turut lancar kecuali dari Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua kenderaan bergerak perlahan disebabkan kemalangan di KM130.
“Kita menjangkakan jumlah kenderaan akan meningkat menjelang petang kerana kebanyakan mereka sudah pulang ke ibu kota selepas mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk menyambut Ramadan pertama di kampung semalam,” katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik atau Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERANTI TABLET ‘PENYELAMAT’, BERI BANYAK MANFAAT KEPADA PELAJAR
AYER KEROH 16 Januari - Pemberian peranti berupa tablet kepada pelajar dalam kelompok keluarga B40 menerusi Program Anak Kita memberi...
BAZAR AIDILFITRI BANDA HILIR LAIN DARI YANG LAIN
BANDA HILIR 16 Januari - Bazar Mega Aidilfitri Banda Hilir 2025 di Banda Hilir mendapat sambutan hebat daripada peniaga apabila...
W.R.U.R: KAMPUNG GUAN KINI DILENGKAPI KOD QR
KUALA LINGGI 16 Januari - Kampung Guan menjadi kampung pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi ditransformasi menjadi Kampung...
713 CALON SPM 2025 MELAKA TERLIBAT ‘PROGRAM ANAK KITA’
AYER KEROH 16 Januari - Pelaksanaan Program Anak Kita (PAK) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Melaka akan melibatkan seramai...
MELAKA BURU PIHAK GANTUNG KAIN RENTANG AJARAN SESAT
PENGKALAN BATU 16 Januari - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggantung...
TIADA KOMPROMI PIHAK GUNA ASET KERAJAAN SEBAR AJARAN SESAT
PAYA RUMPUT 16 Januari - Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan aset kerajaan untuk menampal...