
Aliran trafik di lebuh raya arah utara perlahan
KUALA LUMPUR, 2 Mei – Aliran trafik di lebuh raya menghala ke utara dari Tapah ke Gopeng perlahan berikutan ramai yang masih mengambil peluang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya hari ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata aliran trafik di laluan tersebut perlahan sejauh 8.3 kilometer namun di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur lancar di kedua-dua arah.
Tinjauan Bernama di Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak juga mendapati jumlah kereta semakin meningkat di laluan tersebut tetapi perjalanan masih lancar.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad semalam mengumumkan umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini.
Sebelum ini, ramai menjangkakan Aidilfitri akan disambut pada 3 Mei namum kerana hari cuti umum Hari Pekerja yang jatuh pada Ahad menyebabkan ramai sudah memulakan perjalanan balik kampung bermula Jumaat minggu lepas.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter diĀ www.twitter.com/LLMinfotrafik.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...