Aliff Syukri mengaku tidak bersalah muat naik video sumbang
Aliff Syukri, 35, didakwa membuat penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi akaun Instagram aliffsyukriterlajaklaris dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Fazril Sani Mohamed Fadzil, manakala Aliff Syukri diwakili peguam Hasshahari Johari Alwi dan Awang Armadajaya Awang Mahmud.
Fazril Sani memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun Hasshahari memohon agar mahkamah mempertimbangkan jumlah itu kerana tertuduh bekerja sendiri untuk menyara isteri serta lima orang anak yang masih bersekolah.
Hasshahari berkata tertuduh juga bertanggungjawab ke atas ramai pekerja yang berkhidmat di syarikatnya.
âSaya percaya mahkamah berpegang kepada tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,â katanya.
Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil membenarkan Aliff Syukri diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula.
Aliff Syukri membayar jaminan tersebut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.