Alhamdulillah dapat beraya dengan bergaya tahun ini’

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KESIDANG 8 April – Aidilfitri kali ini pasti lebih ceria buat Nyemah Ali, 75, selepas menerima sumbangan beg tangan baharu pada Program Pembelian Baju Raya Kepada 40 Orang Anak Asnaf dan Yatim serta Sembilan Warga Emas di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.

Menerusi program anjuran UMNO Cawangan Baruh Alai itu Nyemah, menerima beg tangan berkenaan yang sudah lama diidamkannya.

“Alhamdulillah Hari Raya Aidilfitri tahun ini dapat beg tangan baharu, syukur selepas tiga tahun guna beg tangan yang sudah uzur.

“Terima kasih banyak kepada pihak sudi memberikan sumbangan ini, jasa mereka sudah pasti saya ingat sampai bila-bila,” katanya.

Sementara itu Basiron Mohd Ali, 66, pula berkata, selepas lima tahun dia akhirnya berpeluang membeli baju raya baharu pada sambutan Aidilfitri kali ini.

“Alhamdulilah atas perkongsian rezeki diberikan UMNO Cawangan Baruh Alai, hari ini saya dapat memilih dan membeli sediri baju raya baharu.

“Terima kasih kepada Ketua UMNO Cawangan Baruh Alai, Datuk Akramuddin Abdul Aziz. Sebelum ini saya pakai baju yang lama sahaja, apa yang ada saya pakai,” katanya.

Seorang lagi, Nur Faith Mohd Yussof, 39, bersyukur tahun ini diberikan peluang sekali lagi menerima sumbangan kelengkapan baju raya untuk anaknya.

“Hari ini saya bawa anak seorang untuk beli baju raya, syukur alhamdulillah, terima kasih banyak membantu keluarga saya.

“Kalau tiada sumbangan susah juga, sekarang barang semua mahal, saya ada anak empat orang kalau nak belikan untuk semua memang tak mampu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

869
Kongsi :
Previous post Beli baju raya untuk golongan memerlukan
Next post PERKIMA santuni golongan memerlukan di TAKH
Ubah saiz-+=