
Alahai bang!
KUALA LUMPUR, 18 Jan. – Akibat asyik menggunakan telefon bimbit ketika memandu, seorang lelaki ditahan selepas melanggar sekatan jalan raya Op COVID-19 di Jalan Klang Lama, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, perbuatan lelaki berumur 40 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu mengakibatkan papan tanda ‘Pemeriksaan Polis’ mengalami kerosakan dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu.
Beliau berkata polis kemudian bertindak menahan suspek dan merampas kereta yang dipandunya.
“Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit selain memberikan alasan keluar rumah kerana membeli makanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing adalah negatif.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 kerana melanggar sekatan jalan raya, katanya. – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...