
Al-Sultan Abdullah titah acara, sambutan ulang tahun keputeraan ditangguh- SUK Pahang
KUANTAN 19 Julai – Semua acara dan sambutan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-62 pada 30 Julai ini ditangguhkan selaras dengan situasi pandemik COVID-19.
Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang bertitah supaya acara dan sambutan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka ditangguhkan.
Al-Sultan Abdullah bertitah pengecualian hanya diberikan bagi penganjuran majlis kesyukuran dan doa selamat yang boleh dianjurkan secara maya.
“Seri Paduka juga bertitah supaya tiada ucapan sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan baginda diterbitkan di media cetak atau papan iklan.
“Sebaliknya, ia boleh dibuat secara dalam talian di laman web jabatan, syarikat atau mana-mana medium yang tidak melibatkan sebarang kos,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Sallehuddin berkata Seri Paduka menitahkan supaya peruntukan bagi menerbitkan ucapan itu sebaiknya disalurkan kepada tabung yang disediakan kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...