
Aktiviti berkelah tidak dibenarkan sepanjang PKP 3.0
AYER KEROH 25 Mei – Aktiviti perkelahan tidak dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bagi mengekang penularan COVID-19.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka Mohd Nasrul Menhat berkata, aktiviti itu tidak dibenarkan susulan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 bagi memperkasa perlaksanaan itu.
Ktanya, umum mengetahui kebenaran aktiviti berkelah tidak dimasukkan dalam senarai pematuhan antara SOP PKP 3.0 sebelum ini dan ia ditambah baik dengan tidak membenarkan aktiviti terbabit bagi memutuskan rantaian wabak berkenaan.

“Kerajaan mengarahkan rakyat untuk kekal berada di rumah masing-masing dan mengurangkan pergerakan sehingga 7 Jun ini, selain menjaga kebersihan diri sebagai langkah pencegahan.
“Sebagai individu yang sentiasa peka dengan keadaan persekitaran, sahutlah peranan kita sebagai rakyat yang prihatin dengan mengamalkan langkah pencegahan ini.
“Kita perlu menjauhi sikap mementingkan diri kerana kita fikir sihat tetapi tanpa sedar kita pembawa kepada virus itu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
