
Aksi Melaka United-KL City FC masih tertangguh
MASALAH teknikal membabitkan bekalan elektrik di Stadium Hang Jebat sebentar tadi, telah menyebabkan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara Melaka United FC menentang Kuala Lumpur City FC tertangguh sementara waktu.
Tinjauan Melaka Hari Ini menyaksikan Pegawai Perlawanan Nizam Ahmad masih lagi berkira-kira untuk memulakan perlawanan.
Pihak pengurusan Stadium Hang Jebat masih lagi belum memberikan kenyataan berkenaan masalah teknikal yang membelenggu perlawanan penting itu.
Kira-kira 12,000 penyokong sudah mula membanjiri stadium dan mula kecoh kerana terganggu dengan masalah teknikal tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan sama ada perlawanan itu akan ditangguh ke hari lain atau dimulakan lebih lewat berbanding jadual asal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...