
Aksi Melaka United-KL City FC akhirnya dimulakan
Masa Membaca:27 Saat
PERLAWANAN membabitkan Melaka United FC dan Kuala Lumpur City FC akhirnya bermula kira-kira lima minit tadi.
Ia selepas aksi itu tertangguh lebih satu jam gara-gara bekalan elektrik terputus di stadium itu.
Setakat artikel ini ditulis KL City FC sedang mendahului Melaka United dengan kedudukan 1-0.
Meskipun ketinggalan, namun sorakan padu Ultras Taming Sari (UTS) tetap bergema di Stadium Hang Jebat.
Lebih menarik, kumpulan penyokong UTS membawa kain rentang gergasi yang membawa mesej ‘Bring us to Bukit Jalil’.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
973