Sorting by

×

AKM 100 hari MEDAC berjaya bantu 220,248 usahawan terjejas

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) berjaya membantu seramai 220,248 usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 hari.

Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata jumlah itu melebihi sasaran asal iaitu 188,345 usahawan.

“Selain itu, sehingga hari ini juga kami dapat membantu usahawan baharu yang asalnya bekerja tetapi telah hilang pekerjaan, golongan belia dan graduan seramai 3,667 orang berbanding 2,975 individu yang disasarkan.

“Turut menerima manfaat ialah 8,594 individu daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang dibantu melalui inisiatif berteraskan pendigitalan serta adaptasi solusi teknologi berbanding sasaran ditetapkan seramai 8,650 individu,” katanya.

Beliau berkata bantuan itu berjumlah RM7.172 bilion dalam bentuk pinjaman, moratorium dan geran yang disalurkan kepada usahawan terjejas.

Noh berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk Aspirasi Keluarga Malaysia: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi malam ini.

Katanya pencapaian itu adalah sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) dan kejayaan tersebut dicapai dalam tempoh 100 hari selepas beliau dilantik sebagai menteri pada September lepas.

Beliau turut melantik jawatankuasa pemantau di setiap 11 agensi di MEDAC bagi memastikan peruntukan sampai kepada penerima yang disasarkan.

Noh berkata laporan jawatankuasa itu juga akan dibentang kepada beliau setiap minggu.

“Saya juga telah arahkan setiap agensi kementerian untuk memudahkan prosedur dan syarat birokrasi kepada setiap pemohon bantuan memandangkan situasi mereka sekarang berada pada situasi pandemik berbanding dahulu,” katanya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

691
Kongsi :
Previous post Piala Malaysia: Norde jangka saingan lebih sengit di Stadium Hang Jebat
Next post Aniaya kanak-kanak Sindrom Down, pengasas Rumah Bonda didakwa lagi
Ubah saiz-+=