
AKCC cipta kemenangan di RPGC
AYER KEROH 3 Julai- Pasukan Ayer Keroh Country Club (AKCC)
yang diketuai Datuk Rahmad Mariman diangkat sebagai pemenang pertandingan golf Inter-Club Match.
Rahmad yang juga Exco Kerja Raya berkata, pertandingan selama satu hari itu berlangsung di Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC), semalam.
“Perlawanan antara kelab ini membabitkan AKCC yang dibarisi seramai 40 pemain bertemu dengan barisan pemain RPGC.
“AKCC memenangi perlawanan menewaskan RPGC dengan 11 1/2 pair berbalas 8 1/2 pair,” katanya.
Menurutnya, pasukan AKCC dipimpin oleh kaptennya Datuk Wira Soh Chin Ann selain turut menurunkan empat orang pemain muda.
“Bagi perlawanan ini empat pemain junior berumur 18 dan 21 tahun diturunkan bergandingan dengan pemain lain.
“Keadaan padang serta wajah baharu RPGC amat mengkagumkan dan menjadi antara faktor kemenangan,” katanya.
Ujar Rahmad, dia bersama pasukan juga ingin merakamkan terima kasih kepada tuan rumah di atas hospitaliti yang amat mesra dan meriah sepanjang perlawanan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...