AKAUNTAN RUGI LEBIH RM60,000 DITIPU SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata wanita berusia 32 tahun berkenaan dimasukkan ke satu kumpulan Telegram yang menawarkan pelaburan dengan keuntungan lumayan pada 2 Feb lepas.
Beliau berkata pada awalnya mangsa diminta membuat tugasan dan dijanjikan ganjaran daripada pekerjaan berkenaan.
“Sepanjang tugasan itu mangsa telah membuat beberapa transaksi berjumlah RM69,800 menggunakan wang simpanannya dan suami ke lima akaun bank berbeza.
“Selepas menerima bayaran, mangsa diminta membuat transaksi berjumlah RM87,480 sekiranya mahu mendapatkan keuntungan keseluruhan RM200,000,” katanya ketika dihubungi.
Azli berkata mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu petang semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.