
Akaun twitter rasmi SPRM alami masalah teknikal
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu @SPRMalaysia mengalami masalah teknikal dan bukannya dinyahaktifkan seperti yang didakwa.
SPRM dalam kenyataan hari ini menyatakan akaun Twitter SPRM mengalami masalah sejak semalam dan SPRM telah membuat laporan kepada pihak Twitter pada hari yang sama.
“Isu berkenaan kini dalam proses pemulihan dan penambahbaikan. Oleh yang demikian, dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan SPRM menutup akaun rasmi Twitter SPRM ini adalah tidak benar,” menurut kenyataan itu.
SPRM berterima kasih atas keprihatinan semua pihak namun berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terutamanya melibatkan imej dan integriti SPRM.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
SAMBUTAN HARI TVET NEGARA PADA 11 HINGGA 13 JUN DI MELAKA
PUTRAJAYA, 8 April - Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 akan diadakan pada 11 hingga...
TUJUH PELAJAR MRSM TERLIBAT KES BULI DISYOR TAMAT PENGAJIAN – ASYRAF WAJDI
NIBONG TEBAL, 8 April - Jawatankuasa disiplin Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengesyorkan tujuh pelajar MRSM di sini yang terlibat...
WANITA WARGA EMAS RENTUNG, 16 RUMAH SETINGGAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BINTULU
BINTULU 7 April - Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan 16 rumah setinggan di tepi Sungai Plan,...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
TIGA PEKERJA MAUT SEMASA KERJA PEMBERSIHAN DALAM LUBANG PEMBETUNG DI LENGGONG
IPOH 6 April - Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung, semasa melaksanakan kerja...
POLIS BURU DUA LELAKI RAGUT SURI RUMAH
MELAKA 6 April - Polis sedang memburu dua suspek meragut seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Taman Paya Dalam,...