Akademi Tahsin, persiapkan peserta akhir hafazan

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

PAYA RUMPUT 29 Disember – Peserta hafazan al-Quran Negeri Melaka yang terpilih dan melepasi saringan akan ditempatkan di Akademi Tahsin di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi memberi bimbangan sebelum bermulanya peringkat akhir.

Pengarah Program Karnival Islamik Antarabangsa Melaka 2023 (KIAM ’23) Murad Ahmat berkata, bersempena penganjuran karnival ini turut diadakan saringan peserta hafazan yang dijalankan selama dua hari bermula semalam bagi memililh individu yang layak untuk dimasukkan ke Akademi Tahsin.

Beliau berkata, berlainan dengan tahun sebelumnya, pada tahun ini peserta hafazan yang layak akan diberi bimbingan sewajar dalam usaha melahirkan lebih ramai huffaz atau penghafal al-Quran berkualiti.

“Selama dua hari pencarian diadakan seramai kira-kira 125 peserta hadir untuk sesi saringan bagi kesemua kategori dipertandingan. Mereka yang hadir adalah secara individu atau menerusi tahfiz berusia antara lapan hingga 25 tahun.

“Menerusi saringan diadakan ini kita akan mencari 20 orang bagi setiap kategori yang terbahagi kepada 10 wanita dan 10 lelaki untuk dibawa ke peringkat akhir namun bergitu mereka ini terlebih dahulu perlu memperoleh markah sebanyak 80 peratus.

“Mereka yang terpilih ini kemudian akan dimasukkan ke Akademik Tahsin bermula Januari depan selama kira-kira empat bulan sebelum bermulanya peringkat akhir. Di sana nanti mereka akan dibberi bimbingan antaranya memfokuskan untuk lebih konfiden dan lancar ketika menjawab soalan serta bagaimana memperkuatkan lagi bacaan,” katanya.

Menurutnya, sesi pembalajaran di Akademi Tahsin itu akan berjalan dua sesi dalam sebulan dan dibuat secara berkelompok ini bagi memastikan persediaan rapi dapat dijalankan oleh setiap peserta hafazan berbanding sebelum ini mereka melakukan persiapan sendiri.

“Ia selari dengan hasrat untuk melahirkan mereka yang berkualiti jadi ketika di akademi itu nanti mereka ini akan di bimbing sebaiknya dan kelak meskipun tidak berjaya atau menang di peringkat akhir tetapi setiap peserta ini ada kualiti tersendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1116
Kongsi :
Previous post Dua hari KIAM ’23, rekod 20,000 pengunjung
Next post ‘Oyen’ jatuh perigi diselamatkan
Ubah saiz-+=