AJK Liga Melaka meninggal dunia akibat serangan jantung
BANDARAYA MELAKA 25 Julai – Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Liga Melaka 2022 meninggal dunia semasa bertugas pada perlawanan akhir Divisyen 3 Liga Melaka 2022 di Stadium Hang Tuah malam tadi.
Allahyarham Hamedee Asri, difahamkan mengalami serangan jantung ketika waktu rehat separuh masa pertama perlawanan akhir Rizq FC melawan Bachanglona FC.
Pengerusi Liga Melaka 2022, Datuk Khairi Anuar Ahmad berkata, arwah yang berusia penghujung 30-an ketika rehat perlawanan separuh masa pertama mengadu sakit dada dan memaklumkan ingin berehat di dalam kereta.
“Kerana terlalu lama, rakan-rakan menghubungi Hamedee namun panggilan tidak berjawab selepas melakukan pemeriksaan arwah ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan dikejarkan ke hospital.
“Insan yang sangat komited dan bertanggungjawab terhadap tugas sepanjang Liga Melaka ini disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital,” katanya.
Menurut Khairi Anuar, jenazah diuruskan pihak Hospital Melaka dan dikebumikan hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
NIKMATI KEINDAHAN SENJA DARI ATAS MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 22 Januari - Menara Taming Sari menawarkan pakej menarik kepada pengunjung yang mahukan kelainan dengan menikmati panorama matahari...
MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
AYER KEROH 22 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan program Free Market di perkarangan Pejabat FAMA, daerah...
BERAS MELAKA BAKAL DIPASARKAN, HANYA RM26 SEKAMPIT
MERLIMAU 22 Januari - Kerajaan Negeri bakal mengeluarkan beras putih tempatan dikenali sebagai Beras Melaka dalam usaha membantu menambah stok...
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...
KEBUN DURIAN JADI PRODUK PELANCONGAN MELAKA
ASAHAN 22 Januari - Kerajaan Melaka menyokong usaha mana-mana pengusaha durian yang ingin menjadikan kebun mereka sebagai produk ekopelancongan di...
PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN
RIM 22 Januari - Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran...