
Ajal langgar kerbau
MASJID TANAH 18 April – Penunggang motosikal maut selepas merempuh seekor kerbau dalam kejadian di Jalan Tanjung Bidara, Solok Duku, di sini, jam 12.05 malam tadi.
Difahamkan ketika kejadian mangsa Sazali Mohamad, 36, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas berjumpa rakan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, sebelum kejadian
mangsa yang menunggang motosikal Honda RS-X dalam perjalanan dari arah Tanjung Bidara menghala ke Jalan Solok Tulang Daing, Kampung Solok Duku.
“Kemalangan dipercayai berlaku, apabila melalui kawasan kejadian mangsa dikatakan melanggar seekor kerbau lalu terjatuh.
“Mangsa yang parah kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Menurut Arshad, kawasan kemalangan mendaki bukit dan jalannya berkeadaan gelap.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...