
Ajal ketika lintas jalan untuk beli buah
TANGGA BATU 5 April – Seorang pesara maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan untuk membeli buah di Jalan Tangga Batu-Bukit Rambai, di sini, lewat petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa Ab Razak Osman, 59, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang melintas jalan menuju ke kedai buah-buahan di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu.
Katanya, ketika berada di tengah jalan, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15R yang ditunggang pemuda berusia 25 tahun bersama seorang lagi pembonceng wanita berusia 20 tahun menghala ke Bukit Rambai tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.
“Akibat rempuhan itu, pejalan kaki telah meninggal dunia di lokasi kejadian dan POL 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.
“Penunggang motosikal pula mengalami pendarahan dalam kepala dan kini dirawat di zon kuning Hospital Melaka manakala pemboncengnya hanya mengalami kecederaan ringan di bahu,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...