
Ajal bersama.
TAMPIN, 21 Jan . – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori treler dan sebuah kereta di Jalan Tampin-Gemas, berhampiran simpang kilang Gedok Mas, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata dalam kejadian pada 8.50 malam itu, Mohamad Ismail, 70, dan isteri Halijah Hamat, 62, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan oleh pegawai perubatan.

“Kemalangan berlaku apabila Proton Iswara dipandu dan dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Tampin ke Gemas telah melanggar bahagian tayar belakang sebelah kanan lori treler yang dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun yang sedang keluar dari simpang jalan kilang Gedok Mas menuju ke arah jalan Tampin untuk bekerja,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata pemandu lori treler berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh Penguasa Kanan Bomba II Mohd Fauzi Shamir berkata seramai tujuh anggota termasuk seorang pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.
Views:
Related

Berita Lain
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...
RM20 JUTA ATASI HAKISAN PANTAI PUTERI, DIJANGKA SIAP 2027
PAYA RUMPUT 14 Mac - Masalah hakisan yang membelenggu Pantai Puteri bakal berakhir apabila projek tambakan pantai peranginan itu bermula...
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....