Air terjun bercahaya persis filem Avatar

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 Januari – Air Terjun Bukit Sebukor di Lebuh Ayer Keroh bakal berwajah baharu sedikit masa lagi, kata Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

MBMB dalam satu kenyataan memaklumkan air terjun berkenaan bakal dihiasi dengan kaligrafi bermotifkan reka bentuk Islamik, bersama-sama logo jata Kerajaan Negeri Melaka dan MBMB.

Menariknya, kawasan persekitaran air terjun berkenaan turut diserikan dengan hiasan lampu berwarna-warni dan hiasan lampu diod pemancar cahaya (LED) ‘light blue’ pada pokok, persis filem fantasi Avatar.

“Kawasan ini akan dinaik taraf secara keseluruhan bagi memberikan nafas baharu serta melibatkan keceriaan hiasan lampu led di landskap sedia ada serta hiasan arca flora dan fauna yang akan mewujudkan rasa ingin tahu pelancong dan orang awam yang melalui di kawasan tersebut.

“Manakala dipersimpangan Bukit Sebukor dan Bukit Beruang yang terletaknya replika ‘Gong’ turut akan dinaik taraf dengan hiasan lampu neon berkonsepkan ‘firefly’ ataupun lebih dikenali sebagai lampu kelip-kelip disertai arca bungan siantan berwarna oren kemerahan yang merupakan simbolik bunga rasmi MBMB,” kata kenyataan itu.

MBMB turut berharap kerja-kerja pengindahan di kawasan-kawasan tersebut dapat menarik perhatian pengunjung dan pelancong ke Negeri Melaka.

“Ia juga bakal menjadi lokasi bergambar dan merakam kenangan kepada semua yang datang ke Melaka terutamanya pada waktu malam.

“Nantikan keterujaan yang bakal dipertontonkan untuk warga bandaraya Melaka,” kata MBMB.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2277
Kongsi :
Previous post Tidak memakai topi keledar antara 498 kesalahan lalu lintas dilakukan pelajar di Melaka
Next post 1,440 kemalangan direkod pada hari kesembilan Op Selamat 19
Ubah saiz-+=