
Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest
SANDAKAN, 26 Disember – Sebanyak 38 lagi rumah atas air di Kampung Forest di sini roboh akibat fenomena air pasang sejak malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata sehingga 10 pagi tadi, terdapat pertambahan jumlah rumah roboh akibat fenomena berkenaan kepada angka sah iaitu 70 yang direkodkan semalam susulan kejadian malam Sabtu (24 Dis) lepas.
“Pada pagi tadi, kita kenal pasti sebanyak 38 buah rumah telah roboh, menjadikan jumlah keseluruhan 108 buah rumah.
“Kemudian, di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 telah meningkat menjadikan jumlah 684 orang,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Forest di sini hari ini.
Abdul Fuad bersyukur ramai penduduk yang tinggal di pesisir pantai akur kepada nasihat pasukan keselamatan untuk meninggalkan rumah malam tadi sehingga tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Beliau sekali lagi mengulangi nasihat sama kerana dijangkakan air pasang besar akan berlaku lagi malam ini.
“Sepertimana semalam, kita telah plotkan beberapa kenderaan dan juga pegawai serta anggota untuk memindahkan lebih awal penduduk yang berada di perumahan pesisir pantai,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERKENAL 800 PRODUK PELANCONGAN UNTUK MERIAHKAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri telah memperkenalkan lebih 800 produk pelancongan merangkumi pelbagai segmen sebagai persiapan rapi menyambut...
MELAKA SASAR JUMLAH PELABURAN CECAH RM10 BILION MENJELANG 2030
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyasarkan pelaburan baharu RM5 bilion setiap tahun dan menjangkakan jumlah pelaburan yang masuk ke...
BERAS MELAKA HANYA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA
SERI NEGERI 28 April - Beras Melaka yang kini mula dijual pada harga serendah RM26 sekampit 10 kilogram (kg) hanya...
EKONOMI MELAKA KEKAL KOMPETITIF, INKLUSIF DAN BERDAYA SAING
SERI NEGERI 28 April - Ekonomi Negeri Melaka kekal kompetitif, inklusif dan berdaya saing berdasarkan indikator dan data dikeluarkan Jabatan...
PENJENAMAAN SEMULA SJKC SIMPANG BEKOH SEDANG DIPERINCI
SERI NEGERI 28 April - Penjenamaan semula nama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKC) Simpang Bekoh kepada SJKC Laksamana Cheng Ho...
SEMUA MASJID DI MELAKA DIMINTA LAKSANA SOLAT HAJAT, QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTIN
SERI NEGERI 28 April - Semua masjid di Negeri Melaka diminta untuk melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah secara...