Sorting by

×

Air kosong RM1.50 segelas

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PERINGGIT 16 APRIL. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengeluarkan enam notis membabitkan penjualan air kosong mencecah sehingga RM1.50 segelas.

Pengarahnya Norena Jaafar berkata, notis itu dikeluarkan hasil pemeriksaan dilakukan pihaknya dalam masa sembilan hari.

Beliau berkata, enam notis itu dikeluarkan hasil pemeriksaan keatas 12 premis di sekitar Melaka Tengah.

“Pemeriksaan dijalankan penguat kuasa KPDNHEP sejak 7 April sehingga semalam dan ia akan terus dijalankan,” katanya.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat premis yang mengenakan caj antara RM1 hingga RM1.50 bagi segelas air kosong,” katanya.

Menurut beliau, notis itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Peniaga yang dikeluarkan notis diberi tempoh sehingga lima hari bagi memberi maklum balas.

“Kami di KPDNHEP mengalu-alukan sebarang maklumat atau aduan daripada orang awam bagi membolehkan pihak kami melakukan siasatan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, sepatutnya air kosong hanya dicaj tidak lebih daripada 30 sen tetapi ada kedai yang mengenakan harga melebihi RM1.

Beliau berkata, operasi Op Catut 8.0 dijalankan terhadap restoran mewah, biasa, makanan segera, francais dan kedai makan serta warung selama sembilan hari bermula 7 April lalu susulan aduan yang diterima mengenai harga air kosong yang mahal dikenakan peniaga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

734
Kongsi :
Previous post Penuntut Nigeria didakwa tipu guru besar RM141,262 berhubung harta pusaka
Next post Umat Islam jangan tularkan iklan raya promosi judi- Jakim
Ubah saiz-+=