Aidilfitri: ‘Saudagar’ buluh mampu tersenyum lebar

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

KESIDANG 30 April – Bermula suka-suka, kini jualan buluh lemang Zul Azrai Zolkaply dari Pokok Mangga di sini, mendapat permintaan menggalakkan menjelang Aidilfitri tahun ini.

Anak jati Melaka berusia 34 tahun itu mula terlibat dalam dunia perniagaan buluh pada tahun 2021 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang melanda negara dengan menjual sekitar 6,000 batang buluh sahaja.

Kini usahanya membuahkan hasil apabila tahun ini menerima tempahan buluh lemang yang siap dipotong sehingga 40,000 batang.

“Ini tahun kedua saya jual buluh lemang, mula tahun lepas hanya cuba sahaja masa perintah kawalan pergerakan (PKP). Saya jual dalam 5,000 hingga 6,000 batang buluh…dalam tempoh seminggu dah habis.

“Jadi saya rancang tahun ini untuk jual lebih lagi, target jualan dalam 50,000 batang tapi baru dapat masuk dalam 20,000 saja, tapi ikutkan jualan buluh dari awal Ramadan dalam 40,000 buluh lemang.

“Supplier (pembekal) tak boleh nak hantar sebab saya ambil daripada Orang Asli. Orang asli tak boleh nak supply untuk kita. Mungkin lepas raya kita dapat tambah sikit untuk orang buat persiapan rumah terbuka semua,” katanya ketika ditemui pemberita di kebun buluhnya di Pokok Mangga di sini, baru-baru ini.

ZUL Azrai memasukkan buluh lemang yang siap dipotong ke dalam bakul.

Mengulas lanjut, Zul Azrai berkata bekalan buluh diambil dari pembekal di Terengganu dan Pahang, kemudiannya akan dikumpulkan di Melaka untuk proses memotong seterusnya dijual kepada orang ramai.

“Sebatang buluh sebanyak enam hingga sepuluh ruas dapat dihasilkan dan dijual bermula dari harga RM1.50 ke RM2.00 mengikut permintaan.

“Macam tahun lepas harga jual di pasaran RM1.50 dan RM1.80, lagi seminggu nak raya harga lagi tinggi…macam petang mantai, ada emergency (kecemasan) orang ambil lagi tinggi harga,” katanya.

Katanya, selain Melaka jualan buluh tetap mendapat sambutan daripada pelanggan dari Johor seperti Kota Tinggi, Muar dan Tangkak .

“Di Kota Tinggi kita hantar dan kita akan caj penghantaran naik lori, biasanya pelanggan di sana ambil sehingga 5,000 batang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1778
Kongsi :
Previous post Pemilik premis disaran semak status risiko COVID-19 pengunjung
Next post Rumah Terbuka DUN Pantai Kundor pada 20 Mei
Ubah saiz-+=