
Ahmad Zahid ucap takziah kematian Abdul Ghaafar
KUALA LUMPUR 17 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ketua Bahagian UMNO Alor Gajah Melaka, Datuk Seri Abdul Ghaafar Atan yang telah meninggal dunia sebentar tadi.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam satu hantaran dimuat naik melalui Facebook rasminya sebentar tadi.
“Pemergian beliau secara tiba-tiba sangat memberi kesan kepada kita semua yang masih meneruskan perjuangan demi kemenangan parti pada #PRN #Melaka kali ini.
“Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para Kekasih-Nya di alam sana.
“Marilah kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah dan semoga jasanya kepada perjuangan akan menjadi bekalan berharga di sisi Allah.
Allahummaa Aameen Yaa Rabbal A’laameen,” katanya.
Terdahulu MHI melaporkan Bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka itu meninggal dunia di Hospital Melaka sebentar tadi.
Perkara itu disahkan Setiausaha Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Mustafa Musa ketika dihubungi MHI.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...