
Ahmad Zahid, Nik Abduh antara 35 individu positif COVID-19
PETALING JAYA 24 Julai – Seramai 35 individu dalam kalangan ahli Parlimen serta pegawai mereka disahkan positif COVID-19, menjelang sehari sebelum pembukaan sidang Parlimen, Isnin ini.
Menurut laporan Utusan Online, antara ahli Parlimen yang dijangkiti virus itu ialah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Bachok).
Pada masa sama, sumber memberitahu Utusan Malaysia, terdapat Ahli Parlimen yang mempunyai kontrak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan.
“Turut terlibat ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon kerana pegawai pengiringnya positif,” kata sumber ketika dihubungi.
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama lima hari akan bermula Isnin, 26 Julai ini hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...