Sorting by

×

Ahmad Nazim dilantik sebagai ketua eksekutif LTAT yang baharu

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KUALA LUMPUR 14 Jun – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman sebagai Ketua Eksekutif baharunya, berkuat kuasa esok.

Pengerusi LTAT Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd. Zahidi Zainuddin dalam kenyataan hari ini berkata Ahmad Nazim mempunyai pengalaman luas di dalam sektor korporat dan pelaburan di beberapa pusat kewangan terkemuka dunia.

“Ahmad Nazim memainkan peranan penting menerajui inisiatif transformasi serta memacu hala tuju LTAT sebagai sebuah dana persaraan yang mampan dan berdaya saing yang akan membawa perspektif baru bagi menjayakan pelaksanaan strategi transformasi LTAT, ” katanya.

Datuk Ahmad Nazim mengambil alih teraju LTAT daripada Datuk Seri Amrin Awaluddin yang meletakkan jawatan pada 30 April lepas selepas dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji yang baharu.

Beliau mempunyai pengalaman profesional selama 20 tahun dalam bidang pengurusan korporat, kewangan korporat dan pelaburan.

“Sebelum berkhidmat dengan LTAT, beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan bagi rantau Asia Tenggara bersama firma pelaburan dan penasihat, Allied Investment Partners yang beroperasi di Singapura dan Emiriyah Arab Bersatu,” menurut kenyataan itu.

Datuk Ahmad Nazim yang juga aktif dalam penulisan sebagai kolumnis akhbar The Edge Malaysia, dengan banyak menyuarakan pandangan tentang hal ehwal ekonomi dan kaitannya masyarakat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

357
Kongsi :
Previous post Pengamal perubatan swasta dijangka dapat beri 145,000 suntikan bulan depan
Next post Prof Dr Mohd Sazili dilantik TNC HEP UiTM baharu
Ubah saiz-+=