
Ahmad Maslan jengah Melaka
TELOK MAS 15 Okt. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, hari ini, mengadakan lawatan kerja ke negeri Melaka.
Lokasi pertama yang dikunjungi beliau ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas di bawah Parlimen Kota Melaka.
Seawal jam 8 pagi, beliau mengambil kesempatan menyantuni penduduk di Warung RNR Jalan Ketapang dan bersarapan bersama di situ sebelum melakukan ziarah kasih ke lima rumah serta menyampaikan bantuan kit makanan.
Lawatan kerjanya di Kota Melaka diakhiri dengan lawatan ke Bilik Gerakan Barisan Nasional N23 Telok Mas bagi memantau persiapan jentera parti pelbagai peringkat untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.
Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Mustafa Musa dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Difahamkan, selepas ini beliau akan bergerak ke Masjid Tanah bagi lawatan kerja yang sama.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JELAJAH BAITULMAL MAIM IMARAH MASJID MENJELANG RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 1 Mac - Bersempena bulan Ramadan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengadakan Program Jelajah Baitulmal bagi mengimarahkan masjid...
PENIAGA BAZAR IKONIK SERONOK DAPAT ‘PIKAT’ PELANCONG MEMBELI
BANDA HILIR 1 Mac - Bazar Ikonik Banda Hilir berkonsep bazar mega yang menjual pelbagai jenis barangan termasuk persiapan menyambut...
MANFAAT JUALAN MURAH SEBAGAI PERSIAPAN RAMADAN
LENDU 1 Mac - Jualan pelbagai barangan pada harga lebih murah dan segar di pasar tani dimanfaatkan orang ramai bagi...
KOLEJ KOMUNITI JASIN JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN PENGAMAL MEDIA
BUKIT KATIL 1 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) telah mengadakan Program Sembang Santai bersama pengamal media Negeri Melaka, di...
FAMA MELAKA SASAR NILAI JUALAN RM8 JUTA TAHUN INI
LENDU 1 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Melaka menyasarkan nilai jualan RM8 juta untuk tahun 2025. Pengarah...
TERKEJUT KAMBING JANTAN ATAS BUMBUNG RUMAH
TABOH NANING 1 Mac - Seorang peniaga rojak terkejut apabila bunyi bising di atas bumbung rumah rupanya angkara dua ekor...