
AHMAD AZLAN DILANTIK PENGURUS BESAR CMI BERMULA 1 JANUARI 2025
AYER KEROH 27 Disember – Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bakal diterajui Pengurus Besar baharu iaitu Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh bermula 1 Januari 2025.
Ketika mengumumkan perkara itu Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Ahmad Azlan kini berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bakal menggantikan Datuk Mohd Saleh Jusman.
Ab Rauf yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah CMI berkata, pertukaran itu diharap akan menjadikan CMI sebagai sebuah entiti yang lebih maju dan berdaya saing.
“CMI merupakan nadi kepada Negeri Melaka. Segala perancangan memajukan negeri mengambil kira segala aspek turut dilaksanakan oleh CMI,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam CMI 2024 di Kompleks CMI, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri (CMI), Datuk Saleh Jusman; Setiausaha MBMB, Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh serta kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...