‘AHLI PARLIMEN APA MACAM INI?’, SOAL KETUA MENTERI
SERI NEGERI 31 Disember – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyelar tindakan tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Masjid Tanah yang didakwa sanggup menghantar ejen untuk memburukkan Kerajaan Negeri Melaka.
Ia susulan penularan video mengaitkan kononnya Ketua Menteri sedang tidur dalam Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Menurut Ab Rauf, hasil siasatan mendapati individu yang merakam video tersebut dipercayai merupakan Pembantu Khas Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, sebelum mereka dihalau keluar dari dewan.
“Tiba-tiba sahaja gambar (video) saya seperti sedang tidur keluar di media sosial, rupanya seorang Ahli parlimen hantar ejen untuk melihat apa Ketua Menteri sedang buat.
“Banyak kerja lain boleh dibuat Masjid Tanah! Saya pun tak tahu Ahli Parlimen apa macam ini?
“Kalau begitulah cara berpolitik iaitu dengan (niat mahu) menghina dan mengutuk pemimpin yang sedang memimpin negeri ke arah lebih b baik, saya minta rakyat Melaka fikirlah apa yang baik untuk menjadi pemimpin terbaik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan Penggulungan Ketua Menteri pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
CULAS BAYAR CUKAI TAKSIRAN, MBMB KELUARKAN 29,004 NOTIS
AYER KEROH 3 Januari - Sebanyak 29,004 Notis E (cukai taksiran) dikeluarkan kepada pemilik premis culas membayar cukai taksiran dan...
BELON UDARA PANAS BAKAL HIASI LANGIT AYER KEROH
AYER KEROH 3 Januari - Orang ramai, pengunjung dan pelancong bakal dihidangkan dengan pemandangan menarik, apabila empat unit belon udara...
BAJET 2025 MELAKA PACU KEGEMILANGAN SEKTOR PELANCONGAN – PPSPM
AYER KEROH 3 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyifatkan pembentangan Bajet 2025 Negeri Melaka yang yang...
PENJAWAT AWAM MELAKA HAYATI AMANAT PM
SERI NEGERI 3 Januari - Lebih 300 penjawat awam Kerajaan Negeri menyaksikan siaran langsung Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama...
BAJET MELAKA 2025, INISIATIF MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT
SERI NEGERI 3 Januari - Pelaksanaan pelbagai inisiatif menerusi Bajet Melaka 2025 membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memenuhi keperluan rakyat....
TINGKAT PEMBANGUNAN USAHAWAN MENERUSI BAJET 2025
SERI NEGERI 3 Januari - Pembangunan usahawan di Melaka terus diperkasa apabila peruntukan berjumlah RM600,000 disalurkan menerusi portfolio pembangunan usahawan,...